Akaun ajmacademy.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.

PERHATIAN Kepada Sesiapa Yang Masih Bergelut Untuk Mencapai Matlamat Dan Kejayaan Diri Yang Berterusan...


"Saya Akan Tunjukan Cara Saya Mencapai Matlamat Dan Kejayaan Diri

Secara Berterusan Selepas Mengalami Banyak Kegagalan

(Dan Bagaimana Anda Juga Boleh)!"


Tanpa Perlu Membazir Masa Dan Tidak Perlu Belanja Wang Beribu-ribu. Mudah dan Cepat!”


Ini Untuk Siapa?

 

Sekiranya anda seorang….

  • Usahawan,
  • Pengurus,
  • Pemimpin Masyarakat,
  • Guru dan Pengajar,
  • Pelajar Universiti,
  • Ayah dan Ibu,
  • pesara, dan.....

 

Kepada sesiapa sahaja yang menginginkan Kejayaan Yang Berterusan dalam kehidupan anda!


Sebelum saya kongsi banyak lagi maklumat, izinkan saya memperkenalkan diri



 

Saya Dr Amat Taap Manshor dan Alhamdulillah sepanjang karier saya selama lebih 20 tahun sejak tahun 1993, saya telah berjaya menjawat pelbagai jawatan tinggi seperti Ketua Pegawai Eksekutif, Pengarah Kanan dan Profesor di organisasi tempatan dan antarabangsa. Saya juga menerima banyak anugerah kepimpinan di peringkat antarabangs


Selepas saya bersara dari pekerjaan sepenuh masa lima tahun lepas, saya telah berjaya membina perniagaan sendiri yang memberikan perkhidmatan di pasaran tempatan dan antarabangsa. Saya juga aktif menulis buku dan pernah muncul di TV3, TV1, Bernama TV, Bloomberg TV dan di pelbagai penerbitan dalam majalah dan laporan antarabangsa.


Saya tahu apa yang bermain di dalam fikiran anda - "Awak bolehlah mencapai setiap matlamat dan kejayaan diri sebab awak dah memegang jawatan tinggi dan berjaya dalam pelbagai bidang".


Tetapi sebenarnya saya bermula sama seperti anda - tidak mempunyai wang, datang dari keluarga yang susah yang tinggal di pendalaman negeri Sabah dan tidak mempunyai sebarang kabel. Tetapi dengan menggunakan CARA YANG BETUL, saya dapat mencapai setiap matlamat dan kejayaan diri dengan pantas dan mudah!

 

Adakah anda telah letih mencuba pelbagai cara, namun masih tidak berjaya?

Jadi, teruskan membaca mesej di bawah ini untuk mengetahui cara yang cepat dan mudah untuk mencapai apa yang anda impikan....

 

Walaupun ada banyak cara untuk berjaya, saya dapati untuk mencapai matlamat dan kejayaan diri yang berterusan, saya perlu menumpukan kepada kebolehan memimpin diri sendiri.


Saya patut tumpukan kepada membentuk matlamat yang jelas, membina keyakinan diri, bertanggunjawab terhadap setiap perkara yang saya lakukan, memahami dan menghargai setiap orang dan berusaha secara berterusan untuk meningkatkan kualiti diri. 


Saya dan anda tidak akan dapat memimpin orang lain dan organisasi dengan berjaya, selagi mana anda tidak dapat memimpin diri sendiri dengan baik!


Sekali pandang, rasa macam mudah sahaja, tetapi kenapa ramai orang masih tidak dapat mencapai

matlamat dan kejayaan diri yang berterusan?

 

Sedar atau tidak, ramai di antara kita tidak berjaya kerana kurang memberi perhatian kepada memimpin diri sendiri dengan berkesan. Kita lebih sibuk mendengar apa orang lain cakap pasal kita.


Kita sibuk irihati kepada orang yang berjaya. Kita kerap salahkan orang lain atau keadaan di atas setiap kegagalan. Kita tidak hendak bertanggungjawab ke atas setiap tindakan yang kita lakukan. Terlalu cepat berputus asa dan tiada keyakinan diri.


Ini menyebabkan kita mengabaikan diri sendiri dan tidak fokus kepada mencapai matlamat dan kejayaan diri.


Cuba anda jawab soalan-soalan berikut dengan jujur:


  • Adakah anda mempunyai matlamat hidup yang jelas? Adakah anda tahu apa yang anda hendak? Dan bagaimana untuk mencapainya?
  • Adakah anda percaya dan yakin kepada kebolehan diri sendiri?
  • Adakah anda percaya samada anda berjaya atau gagal adalah disebabkan oleh tindakan anda sendiri?
  • Adakah anda mempunyai motivasi yang yang sentiasa tinggi samada dalam keadaan senang atau sukar?

Sekiranya anda ingin tahu kepada jawapan soalan-soalan di atas, teruskan membaca mesej di bawah.


Pada awalnya saya memang bergelut untuk memahami dan mengamalkan Kepimpinan Diri. Terus terang saya katakan, saya hampir berputus asa. Tetapi bila saya lihat satu lepas satu kejayaan datang dengan mudah, maka saya terus istiqamah melakukanya dan tidak lagi memandang ke belakang.


Tapi kenapa perlunya kepimpinan diri untu kmencapai matlamat

dan kejayaan diri yang berterusan?


Kepimpinan Diri adalah proses mempengaruhi, menginspirasi, memotivasi dan mengurus diri sendiri untuk mencapai matlamat dan sasaran yang dikehendaki. Ia sama seperti anda menjadi CEO atau Bos pada diri sendiri. Cuba fikirkan apa yang CEO/Bos akan buat untuk Syarikat dan kakitangan. Mereka akan menghasilkan visi dan misi syarikat. Mereka akan membentuk matlamat dan sasaran yang perlu dicapai oleh syarikat dan kakitangan. Mereka akan mengenalpasti kekuatan dan kelemahan kakitangan dan meningkatkan kemahiran mereka untuk menjadi lebih berkualiti dan berprestasi tinggi. Dalam masa yang sama mereka akan memotivasi dan memberi inspirasi untuk kakitangan sentiasa bersemangat dan tidak mudah putus asa.

 

Jadi, sama seperti peranan CEO/Bos syarikat, akan juga akan memainkan peranan yang sama ke atas diri anda sendiri. Anda akan memastikan diri anda tidak akan kerugian atau menjadi muflis. Maka, Kepimpinan Diri itu merupakan kunci untuk anda mencapai kejayaan yang berterusan, sentiasa berkembang dan memperolehi keuntungan setiap masa.


Di sini saya nak kongsikan beberapa sebab kenapa Kepimpinan Diri sangat penting di dalam membantu anda mencapai kejayaan.

  • Menjadikan anda lebih fokus dan jelas kepada matlamat yang ingin dicapai jadi mudah dan pantas anda mencapai kejayaan.
  • Menjadikan anda berkeyakinan tinggi dan dapat menghadapi pelbagai cabaran dengan baik jadi anda tidak mudah berputus asa.
  • Membolehkan anda mengawal pemikiran, emosi dan tindakan dengan berkesan jadi anda sentiasa berfikiran dan bersikap positif.
  • Membina hubungan yang baik dengan orang lain jadi anda sentiasa disayangi, dihormati dan disokong untuk mencapai kejayaan.

Kalau anda sudah merasa letih membuang masa berjam-jam untuk mencari cara untuk mencapai matlamat dan kejayaan diri yang berterusan, namun masih tidak berjaya? Dan ada kalanya anda rasa nak menyerah kalah? Sudah tentu anda tertanya-tanya samada saya boleh membantu anda atau tidak?


Pertama sekali, saya ingin kongsikan RESULTS...


Salah satu faktor utama yang menyumbang kepada kejayaan saya dalam kerjaya dan perniagaan 

adalah melalui KEPIMPINAN DIRI.


Pada permulaan kerjaya saya, saya merupakan seorang yang introvert dan pendiam. Tidak mempunyai keyakinan diri, dan takut untuk mencuba perkara yang baharu. Tidak mempunyai matlamat hidup yang jelas, dan kerap berputus asa. Ini mungkin disebabkan latar belakang saya yang dibesarkan dalam suasana yang serba kekurangan dan tidak terdedah dengan pelbagai maklumat dan peluang-peluang.


Dalam masa yang sama, saya mempunyai keinginan dan impian untuk berjaya dalam kehidupan, mempunyai keluarga yang bahagia, dapat membantu ibu bapa dan keluarga yang memerlukan dan ingin hidup senang sebagaimana orang lain yang berjaya.


Sejak itu, terdetik dalam hati saya, kalau orang lain boleh berjaya, kenapa saya tidak boleh berjaya. Kalau orang lain yang latar belakang mereka sama seperti saya, tetapi mereka masih boleh berjaya, maka tidak mustahil untuk saya mencapai kejayaan yang serupa.


Disebabkan oleh keinginan hendak berjaya sangat tinggi, saya banyak membaca, mendengar dan belajar pelbagai cara dan teknik untuk mencapai kejayaan. Saya juga menghadiri seminar motivasi kejayaan oleh pakar-pakar dari dalam dan luar negara. Tidak dinafikan, semua petua dan teknik itu baik dan boleh membantu saya untuk berjaya.


Persoalan sekarang ialah bagaimana nak mula? Tidak jelas bagaimana nak buat dengan cara yang betul

dan dapat mencapai matlamat dan kejayaan secara cepat dan mudah?


Saya yakin anda pun pernah menghadapi keadaan macam ni.


Saya telah cuba pelbagai cara, melabur beribu-ribu ringgit membeli bahan-bahan rujukan, menghadiri pelbagai seminar dan kursus, tetapi masih tidak dapat mencapai kejayaan sebenar yang saya inginkan. Masa tu rasa nak give-up. pun ada. Terdetik bisikan dalam fikiran, "Tak payah buat lah, susah sangat, memang tak boleh berjaya".


Sehinggalah pada tahun 1995, apabila saya berpeluang bekerja di sebuah syarikat Amerika dan dihantar ke California untuk menjalani latihan. Semasa di sana, banyak benda yang saya pelajari, dan yang paling utama saya dapat perhatikan, para pemimpin dan pengurus syarikat tersebut mempunyai kualiti kepimpinan diri yang cemerlang.


Keyakinan diri mereka yang tinggi, jelas apa matlamat yang mereka nak capai dan sentiasa meningkatkan diri. Mereka menghormati dan berhubung dengan baik dan berkesan dengan semua orang.


Bila saya balik ke Malaysia, saya mula amalkan cara tersebut di dalam diri sendiri. Hasilnya sangat berkesan dan saya mula nampak dan merasakan kejayaan berpihak kepada saya.


Dalam tempoh enam bulan saya telah dinaikkan pangkat sebagai pengurus, masa tu saya baharu berumur 27 tahun. Pada umur 36 tahun saya dilantik sebagai Profesor di salah sebuah Universiti swasta terbesar di Malaysia.

 






Seterusnya pada umur 42 tahun saya dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di sebuah agensi di bawah Bank Negara Malaysia, dan seterusnya memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan di salah sebuah syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia.  

 



Saya juga kerap dijemput sebagai pakar rujuk dan pembentang di pelbagai persidangan antarabangsa dan oleh pelbagai organisasi di Malaysia dan antarabangsa.

 



Kejayaan demi kejayaan ini berterusan walaupun saya sudah tidak bekerja secara sepenuh masa. Sebagai seorang usahawan, saya dapat mengembangkan perniagaan bukan sahaja kepada pasaran tempatan tetapi juga di peringkat antarabangsa.


 

 

Saya juga telah melatih dan membimbing ramai pemimpin, pengurus, usahawan dan individu di dalam mencapai matlamat dan kejayaan diri yang berterusan. 





Program-program ini saya tawaran di Malaysia dan luar negara. 




Semua kejayaan demi kejayaan ini terjadi bukannya tanpa sebab. Ianya terjadi bila saya dapat memimpin diri sendiri dan mempengaruhi pemikiran, emosi dan tindakan ke arah mencapai setiap matlamat yang saya kehendaki.

 

Melalui Kepimpinan Diri sesiapa sahaja tanpa mengira latar belakang boleh mencapai setiap matlamat yang diinginkan. Malahan orang yang kelainan upaya pun mampu melakukannya.

 

Lihat sahaja kepada pemenang pingat emas Paralimpik Tokyo 2020, Cheah Liek Hou dan Abdul Latif Romly.

 



Mereka bukanlah individu yang normal. Tapi di atas keyakinan diri dan matlamat yang jelas mereka telah menjadi Juara Dunia!.


Jadi, adakah anda mempunyai alasan untuk tidak boleh mencapai matlamat dan kejayaan diri secara berterusan?


 

Apa macam, anda dah yakin sekarang? Tidak kira apa latar belakang anda dan samada anda

telah gagal berkali-kali sebelum ini, kepimpinan diri adalah KUNCI kepada kejayaan yang berterusan...


Kepimpinan Diri adalah FORMULA mencapai kejayaan yang berterusan yang ramai orang tidak tahu. Ianya mudah untuk dilakukan dan dicapai.

 

Part Yang Best Tu, Anda....


  • Tidak Perlu Menjadi Orang Yang Terkenal
  • Tidak Perlu Sijil Atau Kelayakan Yang Tinggi
  • Tidak Perlu Pengalaman Berpuluh-Puluh Tahun
  • Tidak Perlu Belanja Beribu-Ribu Untuk Bermula
  • Tidak Perlu Ingat Dan Buat 10, 20 Atau 50 Cara (8 Cara Sahaja)


Semasa Saya Kendalikan Bengkel LIVE, Saya Kenakan Yuran RM5,000 Untuk Setiap Peserta.


 

 

Ramai orang komen yuran saya di anggap murah, padahal ada banyak bengkel dan 'masterclass' di mana yurannya lebih mahal.


Tapi apa yang paling penting bagi saya adalah membantu anda keluar dan kekecewaan dan kegagalan yang tiada kesudahannya. Bayangkan anda dapat mengawal dan mendorong diri untuk mencapat kejayaan diri yang berterusan, bagaimana dengan kehidupan anda? Apa yang keluarga anda rasakan? dan bagaimana anda dapat membantu orang-orang yang anda sayangi?


Saya nak anda dapat RESULTS. Ini yang paling penting.


Saya tidak menjanjikan keajaiban, tetapi sekiranya anda...


  • Boleh mencapai kejayaan diri yang berterusan... walaupun anda pernah gagal berkali-kali sebelum ini, adakah ianya berbaloi?
  • Merasa letih membuang masa untuk mencari cara bagaimana untuk mencapai kejayaan diri yang berterusan, namun masih tidak berjaya, adakah ianya berbaloi sekiranya anda mencuba?
  • Tidak perlu membazir masa dan belanja wang beribu-ribu, hanya guna cara yang mudah dan pantas, adakah ianya berbaloi?


Buat Julung Kalinya, Berita Baik Untuk Anda Yang Masih Tercari-cari

Cara Yang Mudah dan Cepat Untuk Mencapai Kejayaan Berterusan.


Dengan keadaan pandemik COVID-19 yang masih berterusan, saya tidak dapat menjalankan seminar mahupun masterclass secara bersemuka, dan atas permintaan ramai, saya telah menyediakan...


Panduan Video Latihan "Kepimpinan Diri Formula Kejayaan Berterusan"

 



 


 

“Kepimpinan Diri Formula Kejayaan Berterusan” mengandungi 8 cara bagaimana mencapai matlamat & kejayaan diri secara berterusan...

 

Modul-Modul Yang Akan Anda Pelajari...

 

Modul #1: Kesedaran Diri – mengetahui matlamat, nilai, personaliti, perilaku, emosi, kekuatan dan kelemahan anda dan menjadikan anda mudah untuk mencapai matlamat serta berkeyakinan tinggi.


Modul #2: Kawalan Diri – membantu anda menjadi seorang yang sentiasa tenang dan profesional di dalam menangani pelbagai situasi yang mencabar.

 

Modul #3: Keyakinan Diri – mentransformasi diri anda menjadi seorang yang berkeyakinan tinggi dalam masa 30 hari atau kurang.

 

Modul #4: Kawalan Kepada Hasil – menghasilkan matlamat yang jelas dan mula menjana kejayaan dengan pantas dan mudah.

 

Modul #5: Motivasi Diri – mengekalkan tahap motivasi anda walaupun berdepan dengan pelbagai rintangan.

 

Modul #6: Empati – membolehkan anda dihormati dan dikasihi oleh sesiapa sahaja yang berinteraksi dengan anda dan mereka membantu anda mencapai kejayaan dengan lebih pantas.

 

Modul #7: Kemahiran Sosial – membolehkan anda mempengaruhi sesiapa sahaja termasuklah VVIP atau orang yang sukar.

 

Modul #8: Pembangunan Diri – mempelajari strategi-strategi untuk membangunkan diri bagi memastikan anda terus cemerlang dan dapat mencapai lebih banyak kejayaan.

 

"Menarik! Jadi, Berapakah Harga Video Latihan Ini?"

 

Sebelum saya umumkan harga, mungkin anda perlu tanyakan diri sendiri apakah kos sebenar sekiranya anda  TIDAK bertindak sekarang.

Adakah anda ingin terus membuang masa berjam-jam atau wang beribu-ribu untuk mencari cara bagaimana untuk mencapai matlamat dan kejayaan diri yang berterusan, namun masih tidak berjaya?

Atau....

Bertindak sekarang dan pelajari cara-cara yang diamalkan oleh orang-orang yang paling berjaya di dunia bagi mencapai matlamat dan kejayaan diri yang berterusan tanpa perlu membazir masa dan tenaga, tidak perlu bertenggang mata sepanjang malam dan anda tidak perlu belanja wang beribu-ribu. Cuma amalkan 8 cara ini dan lihat kejayaan demi kejayaan hadir dalam hidup anda.

 

Cuba anda bayangkan, apa yang akan jadi pada diri anda, pada keluarga anda, kepada rakan-rakan anda atau kepada orang-orang yang anda sayangi bila anda mencapai kejayaan yang berterusan.....

 

Pada mula saya ingin mengenakan harga untuk video latihan ini sebanyak RM997. Sebabnya latihan ini bukan hanya latihan biasa-biasa, tetapi ianya berdasarkan pengalaman sebenar saya selama lebih 20 tahun dan ianya telah menyumbang kejayaan yang besar kepada kerjaya dan perniagaan yang saya bina.

 

Niat saya adalah ingin membantu seramai mungkin individu mencapai matlamat dan kejayaan diri yang berterusan dan saya nak pastikan video latihan ini mampu untuk dimiliki.

 

Jadi untuk masa yang terhad ini, anda boleh dapatkan akses Video Latihan ini pada harga istimewa

 

RM5,000

RM997

Hari Ini RM67 sahaja

Tempah Sekarang Dan Dapatkan Bonus Ini...

 

 

BONUS #1: Penilaian & Laporan Personaliti
Bonus ini Bernilai RM797

 

Salah satu faktor yang menyumbangkan kepada kejayaan diri ialah bila mana anda mengenali diri sendiri secara mendalam. Anda tahu kekuatan dan kelemahan, dan anda juga tahu apa yang anda suka dan tidak suka. Ini akan membolehkan anda mengawal, mempengaruhi, menginspirasi dan memotivasi diri untuk lebih fokus kepada mencapai matlamat dan kejayaan diri.

Penilaian personaliti ini akan menjelaskan secara terperinci, apakah ciri-ciri diri anda, dan bagaimana anda dapat menyesuaikan diri di dalam pelbagai situasi yang berbeza. Ia juga membantu anda bergaul dan berkomunikasi secara berkesan dengan pelbagai jenis orang di persekitaran anda.

 

BONUS #2: Group FB Individu Berjaya
Bonus in TIDAK TERNILAI harganya

 

Bagi memberi sokongan dan panduan yang berterusan, saya telah bina satu Group FB Individu Berjaya untuk semua pelajar dan pelanggan saya yang bercita-cita untuk mencapai kejayaan diri yang berterusan.

Dari masa ke semasa saya akan kongsikan tip dan strategi yang saya amalkan untuk mencapai setiap matlamat dan kejayaan diri.

Dan jika anda masih ragu-ragu sama ada “Kepimpinan Diri Formula Kejayaan Berterusan” adalah untuk anda, saya bersedia membuat jaminan...

 

Jaminan 100% Tanpa Risiko Untuk 30 Hari


Untuk mereka yang masih ragu-ragu. Anda boleh tempah “Kepimpinan Diri Formula Kejayaan Berterusan” hari ini dan cuba untuk 30 hari seterusnya. Jika anda tidak berpuas hati dengan kursus ini untuk apa jua alasan, sila hubungi kami dan bayaran anda akan dipulangkan dengan sepenuhnya.

Anda tidak perlu menanggung sebarang risiko. Anda hanya perlu memberi diri anda peluang dan mencipta banyak kejayaan secara berterusan.

 

Sekarang anda tak ada alasan untuk tidak boleh berjaya. Ayuh bertindak sekarang!

 

 


 

Panduan Video Latihan “Kepimpinan Diri Formula Kejayaan Berterusan”


 

 

 

Saya Faham Saya Akan Menerima Akses Berikut:


 

1.   Kepimpinan Diri Formula Kejayaan Berterusan” – panduan video latihan digital 8 cara bagaimana mencapai matlamat dan kejayaan yang berterusan.

2.   Bonus #1 – Penilaian dan Laporan Personaliti (Bernilai RM797)

3.   Bonus #2 – Kelab FB Individu Berjaya (Tidak Ternilai?? – PERCUMA)

4.   Jaminan 100% Wang Dikembalikan Dalam Tempoh 30 Hari

 

Harga Biasa RM5,000 RM997
Hari Ini RM67 Sahaja

 

 


 

Salam kejayaan berterusan,

Dr Amat Taap Manshor


P.S. Nak Share Satu Cerita...





Ini adalah gambar saya semasa menerima anugerah Business Leadership Excellence Award, World Leadership Congress & Awards, pada tahun 2015 di Dubai, UAE.


Saya sangat terharu dan bersyukur dengan anugerah ini sebab saya terpilih daripada beribu-ribu orang yang telah dicalonkan untuk pengiktirafan ini. Tiada yang mustahil juga bagi anda untuk mencapai kejayaan semacam ini. Yang penting anda buat dengan cara yang betul dan mengambil tindakan tanpa bertangguh.


Tempah Sekarang Dan Anda Akan Menerima Akses Berikut:


 

1.   Kepimpinan Diri Formula Kejayaan Berterusan” – panduan video latihan digital 8 cara bagaimana mencapai matlamat dan kejayaan yang berterusan.

2.   Bonus #1 – Penilaian dan Laporan Personaliti (Bernilai RM797)

3.   Bonus #2 – Kelab FB Individu Berjaya (Tidak Ternilai?? – PERCUMA)

4.   Jaminan 100% Wang Dikembalikan Dalam Tempoh 30 Hari

 

Harga Biasa RM5,000 RM997
Hari Ini RM67 Sahaja





Soalan Lazim

 

S:    Saya dah banyak kali gagal, boleh kah saya berjaya kalau guna formula ni?

J:    Sesiapa pun boleh berjaya. Yang penting anda buat dengan cara yang betul dan ambil tindakan.

S:    Boleh kah tempah panduan video latihan ni di kemudian hari?

J:    Boleh. Tapi harga mungkin akan meningkat. Harga tawaran ini hanya untuk hari ini sahaja.

S:    Berapa cepat saya boleh capai kejayaan?

J:    Cepat atau lambat bergantung kepada kesungguhan dan disiplin diri anda. Ada pelajar saya yang telah dapat mencapai kejayaan kurang dari 1 bulan selepas mengikuti program ini.